I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 19, 2011

5 Kelebihan Berjalan Kaki Ke Masjid

Assalamualaikum ...
Kali ni post tentang kelebihan jalan kaki ke masjid.. Walaubagaimanapun, ramai remaja kini menaiki kenderaan untuk ke masjid.



1. Membakar kalori. Sudah tentu berjalan kaki bakar lebih kalori daripada menaiki kenderaan. Bagi saya, perjalanan dari rumah ke masjid lebih kurang 400m. Masa perlajanan dalam 10-15min. Jadi dengan berulang-alik ke masjid, saya dapat senaman ringan yang bukan baik untuk kecergasan tapi juga bantu mengawal berat badan.

2. Jimat masa. Lagi-lagi untuk sembahyang Jumaat. Pada masa inilah semua kereta mencari tempat yang paling depat dengan pintu masuk masjid - ini jadikan kawasan berdekatan masjid sesak dan memang jam. Kadang-kadang nak parking kereta pun susah dan mengambil masa yang lama. Kalau berjalan kaki, tak perlu risau tentang kesesakan kereta dan lebih mudah untuk merancang masa.


3. Ketenangan mental. Berjalan kaki ke masjid menyenangkan. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan untuk berfikir, berzikir dan lain-lain perkara yang mungkin sukar dilakukan jika menaiki kereta. Bagi saya, berjalan kaki ke masjid memang relaxing - umpana terapi untuk kurangkan stres. Lagi-lagi anda tak perlu fikirkan tentang kesesakan kereta dan ruang parking.


4. Ia bentuk senaman. Kalau masa berjalan ke masjid adalah 10-15min, maka dengan perjalanan pulang ke rumah, jumlah masa lebih kurang 20-30min. Ah ini umpama senaman kardio ringan yang baik untuk kaki dan sistem kardiovaskular. Berapa kalori boleh dibakar dalam 30min? Mungkin 130-180 kalori.


5. Lebih baik untuk alam sekitar. Well dengan berjalan kaki, saya dapat kurangkan carbon footprint saya. Walaupun tak banyak mana tapi ia lebih baik daripada menaiki kenderaan kereta yang bukan sahaja keluarkan CO2 tapi juga membazir duit (minyak).

Jadi sekiranya masjid tidaklah terlalu jauh dari rumah ataupun pejabat anda, cuba berjalan kaki ke masjid.

Wednesday, December 14, 2011

Kehidupan Tipikal Manusia

A: "Astaghfirullahala'zim. Bila la kamu nak insaf ni bro?aku tengok tiap minggu ko asyik pergi clubbing je. Balik rumah mabuk."
B: "Lepak lu bro....nanti aku dah tua sikit aku taubat la bro. Masa muda masa untuk kita enjoy!"





Itulah kata-kata yang sudah terbiasa kita dengari sekarang bukan. Orang muda dengan perkataan 'enjoy' memang sinonim. Memang tujuan utama mereka dalam melakukan sesuatu perlu membawa seribu keseronokan.


Di sebalik semua yang berlaku ini pernahkah kita berfikir sejenak adakah kita diberi peluang untuk hidup selama 70, 80 mahupun 100 tahun lagi?


Sempatkah kita menjalankan amanah yang telah ditetapkan-Nya untuk kita?


Kita seringkali merujuk masa muda adalah masa untuk bersuka ria, masa untuk kumpul harta dan masa tua masa untuk kita beribadah, dengan kata lain kita insaf kembali ke pangkal jalan.


Saya berikan satu kronologi sebuah kehidupan bermula dari kelahiran kita hingga ke alam tua kita.


1) Alam kanak-kanak
Ibu lahirkan kita dengan begitu sakitnya yang tidak dapat kita bayangkan kesakitannya. Setelah kelahiran kita tercipta seribu harapan dan sandaran daripada ibu bapa kita agar kita menjadi seorang yang berguna kelak.


Zaman kanak-kanak sememangnya zaman yang sangat bermakna untuk kita smua dengan pelbagai suka dan duka sentiasa kita ingati sehingga kini. Di sinilah ibu bapa mencorakkan kita menjadi seorang individu yang berguna, di sinilah bermulanya asas-asas kita tentang agama diajarkan.


2) Alam remaja
Masuk pula zaman remaja iaitu kita telah akil baligh dan alam di mana kita ingin mencuba sesuatu yang baru. Pada masa ini akal sudah mula berfungsi untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.


3) Alam dewasa (kerja dan berumahtangga)
Alam ini kita telah menjadikan seorang yang boleh dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan tugas-tugas, boleh memimpin sebuah keluarga. Di alam ini jugalah kita mula merealisasikan impian kita sejak dari kecil lagi contohnya mengumpul harta untuk menjadi jutawan dan sebagainya.


4) Alam tua
Setelah penat bekerja selama puluhan tahun, penat mengumpul harta, penat membesarkan anak, alam ini dikatakan alam untuk kita berehat. Bak kata orang putih 'retired'kan. Masa untuk kita mengenal Tuhannya.


Saya boleh jamin inilah kehidupan tipikal manusia sekarang.


Semua peringkat kehidupan yang saya nyatakan di atas jika kita pandang dari sudut keduniaan pastinya tidak memberikan kebahagiaan kita di akhirat kelak jika kita hanya mengejar dunia semata-mata tanpa adanya disulami dengan bekalan akhirat.


Sememangnya dari kecil lagi kita dah diajarkan ilmu agama yang secukupnya tetapi apa yang kita lihat trend sekarang, saya tidak menyatakan semua manusia zaman sekarang sebegini hanya segolongan sahaja, iaitu mereka yang mengejar kebahagiaan dunia semata-mata, bagi mereka kebahagiaan inilah kebahagiaan selama-lamanya untuk mereka.


Diajarkn ilmu agama yg mencukupi ketika kecil tetapi selepas membesar lalai dan hanyut dengan nikmat keduniaan dan godaan hawa nafsu dan syaitan sehingga lupa akan Tuhannya. Kebanyakan manusia sekarang apabila bekerja tidak ingat lagi dengan ibadah mereka terhadap Allah S.W.T.


Kerja lebih dipentingkan dan soal ibadah dan agama hanyalah perkara kecil bagi mereka. Pekerjaan yang kita lakukan selama puluhan tahun tanpa ada amal ibadah dalam masa tersebut dan hanya mengharapkan alam tua sebagai alam kita menebus dosa yang lampau.


Adakah cukup alam tua kita dihabiskan untuk beramal? Adakah kita akan hidup 100 tahun?


Kita ambil contoh umur Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W sebagai 'benchmark' ajal kita. Jika kita ambil umur nabi sebagai ajal kita iaitu 63 tahun Nabi wafat setelah kita pencen pada umur 58 tahun tinggallah baki tujuh tahun lagi untuk beribadat. Cukupkah itu?


Cukupkah ia dibawa untuk kita menghadap Allah S.W.T di akhirat kelak?


Masih mampu dan bertenagakah kita untuk melaksanakan perintahnya?


Sihatkah kita pada masa itu?


Itulah anggapan orang muda yang sering menganggap perjalanan hidup mereka masih jauh dan menetapkan alam tua itulah masa untuk kembali kepada-Nya.


Andai ditakdirkan kita meninggal dunia di usia yang muda dalam keadaan kita tidak melaksanakan syariat-Nya sudah pasti kita akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Kita hendaklah ada rasa gentar dalam diri kita akan ajal yang datang menjemput kita itu tidak mengenal usia.


Hendaklah kita sentiasa istiqomah dalam melakukan ibadah kepada-Nya sejak dari muda sampailah ke hari tua.


Sabda Nabi S.A.W:


"Orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati."


Rasulullah S.A.W telah menjelaskan perihal orang yang bijak iaitu orang yang sentiasa mengingati mati. Maka hendaklah kita menjadi salah seorang daripada orang bijak yang Nabi maksudkan. 


Kita sebagai manusia yang bekerjaya tidak kira kita memiliki pangkat yang tinggi atau jutawan yang menggunung banyaknya harta, memberi komitmen dalam urusan duniawi kita tanpa melupakan urusan akhirat kita. kita sepatutnya menyeimbangkan kedua-duanya.


"Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribatlah seolah-olah kamu akan mati keesokannya."

Tuesday, December 13, 2011

7 Amalan Rasulullah SAW

Assalamualaikum.. Kali ini post mengenai Sunnah Rasulullah SAW.. Marilah kita mengamalkan sunnah Rasulullah SAW setiap hari untuk mendapat syafaat di akhirat kelak.



Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah :-

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu  ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, “ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Sama-sama kita amalkan sunnah terutama yang paling atas tu iaitu solat tahajjud…hidup ini penuh dengan perjuangan….seorang pejuang mesti kuat….kekuatannya datang dari tahajjud…..kerana dekat dengan Allah….

Petua Menjadikan Badan Berotot (Melalui Makanan)



Assalamualaikum..... 
Post kali ni adalah hanya untuk lelaki yang mempunyai keinginan berotot.Salah satunya adalah dengan melakukan fitness di gymnasium. Tetapi ternyata untuk mempercepatkan badan berotot, ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh membantu dalam proses pembentukkan otot tersebut.


BAYAM
Kepada Sesiapa Yg tak mengenali Bayam


 Bayam adalah makanan yang paling baik untuk membentuk otot. Bayam merupakan bahan bakar otot, kerana mampu meningkatkan sintesis protein hingga mencapai 120 % sehingga jaringan otot mampu memperbaiki dirinya sendiri. Namun, bayam tidak boleh membuat seseorang itu menjadi lebih langsing dan seksi.

NANAS DAN BETIK
Ia baik untuk penyembuhan otot. Kedua-dua buah ini membantu memecah protein untuk proses pencernaan.

SALMON
Kapsul Minyak Ikan Salmon


Baik untuk kardiovaskular. Asam lemak yang terdapat pada minyak ikan penting dalam menjaga kesegaran jantung kerana ia mempunyai kesan setelah masuk ke dalam sel jantung. Amalkan minyak ikan dalam bentuk kapsul atau makan ikan yang kaya dengan asam lemak beberapa kali dalam seminggu.
AIR SEJUK

 Ia berkesan untuk daya tahan. Jika anda minum air sejuk sebelum dan semasa latihan dapat membantu meningkatkan daya tahan.
SUSU COKLAT
Ia baik untuk menjaga tubuh tetap berhidrasi. Minuman yang terbaik setelah olahraga adalah susu.. Penambahan coklat pada susu akan mudah menyempurnakan keseimbangan protein, lemak dan mempercepatkan proses pemulihan otot.


Selain mengamalkan petua di atas, latihan beban adalah salah satu pilihan yang dapat membuat otot lebih besar dan padat.